All News

STAF SEFB HADIR BENGKEL MICROSOFT TEAMS ANJURAN SEFB DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA GLOBAL ONLINE LEARNING SEFB

mikrosof

SEFB ONLINE : Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dengan kerjasama Jawatankuasa Global Online Learning SEFB telah mengadakan bengkel Microsoft Teams pada 8 April 2019 di Makmal FE 2, Bangunan Ekonomi. Program ini dikendalikan oleh Dr. Muhammad Muhaizam Musa yang merupakan pensyarah kanan SEFB dan merupakan jurulatih Microsoft Innovative Educator (MIE).

Objektif utama bengkel ini ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan Microsoft Teams bagi memaksimakan penggunaan teknologi ke arah menjadikan SEFB pemangkin perubahan atau “game changer” di dalam bidang pendidikan dan penyelidikan. Peserta terdiri daripada 18 orang pensyarah serta 12 orang staf pentadbiran SEFB. Peserta juga turut didedahkan tentang penggunaan Microsoft Community untuk mendapatkan latihan berterusan dan menjadi Microsoft Innovative Educator (MIE).

Program ini dapat memberi input yang berguna kepada semua peserta dalam membentuk komunikasi yang berkesan menggunakan teknologi Microsoft Teams – hub digital untuk pendidik dan pelajar di Universiti Utara Malaysia di mana mereka boleh berkongsi dokumen secara digital dan berkolaborasi antara satu sama lain.

Tamat.