LAWATAN PENANDA ARAS QE-5S KE PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN LOGISTIK (STML)

lawatan

SEFB ONLINE: Selaras dengan komitmen SEFB untuk menaik taraf pencapaian 5S, satu lawatan penanda aras QE-5S ke Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) telah diadakan pada 10 April 2019. STML telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan 5S peringkat Universiti pada tahun 2018. Lawatan ini telah disertai oleh 14 orang ahli jawatankuasa 5S SEFB yang diketuai oleh Pengerusi, Pn. Hasliza Hassan iaitu Penolong Pendaftar Kanan SEFB dan diringi oleh penasihat 5S SEFB Dr. Logasvathi a/p Murugiah, Pensyarah SEFB. Objektif utamalawatan ini adalah untuk memberi pendedahan berkenaan teknik pelaksanaan 5S yang telah diamalkan di STML serta melihat usaha-usaha yang dijalankan oleh mereka.
Ahli Jawatan Kuasa 5S SEFB disambut oleh Pengerusi 5S STML En. Mohd Nasiruddin Bin Abu Ghani bersama beberapa AJK 5S STML. Sesi taklimat 5S  disampaikan oleh En. Mohd Nasiruddin Bin Abu Ghani.
En. Mohd Nasiruddin turut berkongsi tips untuk memenuhi kriteria yang ditetapkan semasa penilaian dilakukan dan juga pentingnya membudayakan amalan persekitaran berkualiti. Menurut beliau, inovasi yang dilakukan juga akan memberi nilai tambah kepada persekitaran agar lebih ceria dan menarik. Dalam masa yang sama, kedua-dua pihak sempat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman bagi memastikan Pusat Pengajian dapat mencapai KPI Teras 2, T2S1K1P13 yang telah ditetapkan oleh Universiti, iaitu minima 3 bintang.
Unit Promosi 5S
School Of Economics, Finance And Banking
Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |