Pada Disember 2016, pihak RIMC membuka permohonan Geran Penyelidikan CoE. Setiap pemohon mestilah mewakili CoE/RU dan diperakui oleh Ketua RU/Pengarah CoE. Permohonan lengkap perlu dihantar kepada RIMC sebelum 4 Disember 2016. Penyelidikan hendaklah sesuai dan berkaitan dengan Research PortfolioRM/CoE, niche area UUM, berimpak tinggi dan memenuhi keperluan semasa Negara. Keutamaan diberi kepada penyelidikan yang mempunyai value driven atau yang berpotensi menghasilkan produk inovasi. Selain itu, penyelidikan yang mempunyai kolaborasi dengan agensi atau industri turut diberi keutamaan. Pemantauan penyelidikan adalah di bawah tanggungjawab CoE/RU dan laporan hendaklah dikemukakan kepada RIMC setiap enam (6) bulan sekali.
Sehubungan itu, SCoE telah menyediakan tiga (3) slot pembentangan pada 30 November, 1 dan 4 Disember 2016 bagi mengisi keperluan sesi pembentangan geran terbabit. Proposal Penyelidikan melibatkan empat (4) permohonan geran iaitu dua (1) daripada UCoE ARIBF, dua (2) daripada SCoE ECoFI dan satu (1) daripada RU Political & Economic Risk.