All News

PERTEMUAN DENGAN HOWDEN INSURANCE BROKERS AND HOWDEN TAKAFUL BROKER BERI IMPAK POSITIF

pertemuan howden

Pada 19 Feb 2024, Prof Madya Dr. Bakti Hassan Basri, Dekan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dan Dr. Habibah Tolos, Pengarah UUM-IRM (Institute of Risk Management) Universiti Utara Malaysia (Official FB) telah mengadakan pertemuan dengan Howden Insurance Brokers and Howden Takaful Broker Malaysian Insurance And Takaful Brokers Association . Pihak SEFB telah disambut mesra oleh En Ismam, Ketua Pegawai Eksekutif Howden Takaful dan diiringi oleh beberapa warga kerja Howden Takaful.

Turut bersama dalam pertemuan tersebut adalah Mr. Vicky Rajaratnam, Pengerusi MITBA (Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association) dan Prof Dato' Shazme Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif MITBA. Kunjungan ini berjaya *membincangkan* beberapa perkara seperti jalinan kerjasama dan peluang kolaborasi di antara SEFB, Howden Insurance & Takaful Brokers dan MITBA di masa hadapan. Kedua dua belah pihak merasakan bahawa usaha ini bakal memberikan impak positif *kepada* semua pihak yang terlibat.