The 6th International Conference on Banking and Finance (ICBF) 2019 and Doctoral Colloquium
UUM BACHELOR OF SCIENCE IN ECONOMICS (HONS) PROGRAMME RECEIVES AUN-QA CERTIFICATION
SEFB TOP MANAGEMENT 2018
Welcome to the School of Economics, Finance and Banking

Current Active Students

statstud

SEFB Video

SEFB JELAJAH MERDEKA DAN MENANAM POKOK GAHARU

"Program Pemindahan Ilmu Hidroponik"

3 April 2018: 19 pelajar kursus Pengurusan Perniagaantani (BEEA3123) menjalankan program pemindahan ilmu hidroponik kepada komuniti Pulau Nyior, Jitra bertempat di SMK. Pulau Nyior. 

Seramai 96 peserta program terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil aliran pertanian. Turut serta mengikuti program tersebut ialah guru-guru serta penduduk kampung di sekitar Pulau Nyior iaitu seramai 19 orang. Projek yang diketuai oleh Pensyarah Kanan UUM, Dr. Roslina Kamaruddin merupakan salah satu program ‘service learning’ untuk kursus Pengurusan Perniagaantani (Kod kursus BEEA3123). 

Program ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran tanggungjawab sosial pelajar universiti, memupuk minat pelajar sekolah terhadap teknologi pertanian moden serta merapatkan hubungan universiti dengan komuniti setempat. Pensyarah yang turut hadir ke program tersebut ialah PM. Dr. Shri Dewi dan Puan Nurul Faizah memandangkan projek ini juga melibatkan penghasilan output penyelidikan di bawah geran Social Innovation Grant (SIG) khususnya yang melibatkan pemindahan teknologi kepada penduduk kampung. Oleh yang demikian penduduk kampung dan pelajar sekolah dikumpulkan di bawah satu bumbung bagi memudahkan perjalanan program.

Teknologi penanaman sayur menggunakan kaedah hidroponik yang terkenal dengan konsep 3T (Tanam, Tinggal dan Tuai) merupakan sistem penanaman sayur tanpa tanah yang mudah, murah, cekap dan senang untuk dipelajari oleh semua lapisan masyarakat. Perkongsian ilmu ini amat bermakna kepada komuniti khususnya yang berpendapatan rendah bagi menggalakkan mereka menanam sayur untuk kegunaan isirumah dan seterusnya dapat mengurangkan perbelajaan dapur. 

Menurut Dr. Roslina latihan ini disampaikan secara tunjuk ajar ‘hands-on’, di mana seramai 19 pelajar UUM yang terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Sains Pengurusan Perniagaantani (7), Sarjana Muda Sains Ekonomi (5) dan Sarjana Muda Sains Pemutusan (7) yang mendaftar kursus BEEA3123 berperanan sebagai fasilitator kepada 115 peserta. Ini merupakan kumpulan pertama daripada keseluruhan pelajar yang mendaftar untuk kursus tersebut. Kumpulan kedua akan menjalankan program yang sama di SMK. Seri Mahawangsa, Jitra dalam masa terdekat. Ujarnya, projek pemindahan teknologi seperti ini merupakan aktiviti ‘service learning’ para pelajar pengurusan perniagaantani UUM bermula sejak semester A171 lagi yang dijalankan bersama dengan penduduk RISDA Tanjung Genting Sintok. 

Dengan adanya aktiviti seperti ini pelajar berpeluang mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan berkongsi pengetahuan dengan komuniti setempat disamping memperkukuhkan kemahiran sosial, komunikasi dan keyakinan diri pelajar.

Print Email

Gallery