The 6th International Conference on Banking and Finance (ICBF) 2019 and Doctoral Colloquium
SEFB TOP MANAGEMENT 2018
UUM BACHELOR OF SCIENCE IN ECONOMICS (HONS) PROGRAMME RECEIVES AUN-QA CERTIFICATION
Welcome to the School of Economics, Finance and Banking

Current Active Students

statstud

SEFB Video

SEFB JELAJAH MERDEKA DAN MENANAM POKOK GAHARU

“MPOB Technical Seminar-School of Economics, Finance & Banking, Universiti Utara Malaysia 2018 (MTecS-SEFB, UUM 2018): Introduction to Palm Oil and Its Application”

Seminar anjuran bersama Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) ini telah diadakan pada 22 Mac 2018 di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia (UUM). Selain daripada MPOB, seminar ini juga turut disertai oleh delegasi daripada Sime Darby dan Malaysian Palm Oil Council (MPOC). Beberapa booth pameran telah dibuka oleh MPOB, MPOC, Sime Darby serta pelajar MyAgrosis UUM. Seminar ini telah berjaya menarik minat staf serta seramai 220 pelajar daripada pelbagai program di UUM.

Pada awal pagi sebelum seminar bermula, delegasi MPOB yang diketuai oleh Puan Rosidah Radzian, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Produk & Khidmat Nasihat bersama lima kakitangan MPOB tiba di Anjung Tamu dan disambut oleh Prof. Madya Dr. Shri Dewi Applanaidu (selaku Chairlady Seminar MTecS-SEFB, UUM 2018) bersama tiga lagi ahli jawatankuasa seminar ini. Delegasi MPOB ini kemudiannya dibawa untuk mendengar taklimat ringkas mengenai UUM dan diakhiri dengan lawatan singkat disekitar Anjung Tamu UUM.

Seminar ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dekan SEFB, Prof. Madya Dr. Siti Aznor Hj. Ahmad diikuti dengan ucapan pembukan oleh Puan Rosidah Radzian. Seterusnya, seminar ini diteruskan dengan pembentangan enam kertas kerja dari UUM dan MPOB. Pembentang kertas kerja dari UUM terdiri daripada Prof. Dr. Jamal Ali (SEFB) dengan tajuk kertas kerjanya Enviromental Benefits of Palm Oil, manakala Prof. Madya Dr. Shri Dewi Applanaidu (SEFB) dan Dr. Norhaslinda Zainal Abidin dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah membentangkan kertas kerja mereka yang bertajuk Palm Oil Market Modeling & Decision Support System Innovations in UUM.

Pada sebelah petangnya, perbincangan berkaitan dengan agenda kolaborasi telah diadakan diantara pihak SEFB, UUM dan MPOB bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SEFB, UUM. Hasil dari perbincangan yang diadakan, beberapa agenda kolaborasi seperti kerjasama dari segi penyelidikan, penempatan pelajar praktikum di MPOB telah dirancang dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pihak MPOB juga telah menyerahkan Letter of Intent (LoI) kepada Dekan SEFB sebagai tanda persetujuan kolaborasi pada masa hadapan. Selesai sahaja perbincangan yang berakhir sekitar jam 4.00 petang, delegasi MPOB telah dibawa untuk melawat Mini Agrofarm UUM.

Print Email

Gallery