SEFB TOP MANAGEMENT 2017
International Conference on Banking and Finance
UUM BACHELOR OF SCIENCE IN ECONOMICS (HONS) PROGRAMME RECEIVES AUN-QA CERTIFICATION
Welcome to the School of Economics, Finance and Banking

Current Active Students

statistic

Upcoming Events

2nd IRC | JULY 11-12, 2017 | PARK ROYAL HOTEL PENANG MALAYSIA
ICORE2017 | 30 NOVEMBER - 2 DISEMBER | TH Hotel & Convention Centre Alor Setar, Kedah, Malaysia

AHMAD WAKIL TUNGGAL KE AXIATA

UUM ONLINE: Ahmad Ashraf Abdul Moes satu-satunya wakil dari UUM yang terpilih menyertai Axiata Young CEO Development Programme (YCDP) yang berlangsung di Axiata Tower, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Program yang bertujuan melahirkan pemimpin muda itu dilengkapi dengan kemahiran kepimpinan di samping mendedahkan pelajar terhadap cabaran di alam pekerjaan yang bakal mereka tempuhi kelak.

“Bukan mudah untuk menyertai pertandingan ini kerana beberapa saringan perlu dilalui akhirnya daripada 7,000 permohonan hanya 80 orang sahaja yang berjaya.

“Peserta hebat-hebat belaka hanya 42% terdiri daripada pelajar Universiti selebihnya golongan muda profesional telah bekerja jadi saya dapat menyaksikan bagaimana  cara CEO bekerja dan apa yang industri mahu,” ulas Siswa Pengurusan Perniagaantani, 22. 

Kongsinya, selepas sesi pendaftaran peserta dibawa ke Auditorium AXIATA untuk sesi perasmian seterusnya ke Nilai Springs Hotel.

Peserta dibahagikan mengikut kumpulan untuk menjalankan aktiviti antaranya critical skills dan aplikasi, Business Skills dan simulasi, personal coaching, mentoring pelan pembangunan individu.   

Dari sudut ilmu banyak yang saya belajar tentang business contohnya aplikasi Business Modal Canvas (BMC) dan Value Preposition Canvas (VPC) seterusnya diberikan tugasan simulasi bisnes tentang kenapa Starbucks India  tidak mendapat keuntungan yang memberangsangkan?

“Jadi kami ditugaskan mengenalpasti masalah adakah sebab harga, pelanggan atau tempat dengan harapan dapat meningkatkan keuntungan Starbucks di India.

Dalam Bisnes simulasi kedua bersama Hasbro, peserta menemurah para pelajar tingkatan 1 hingga 5 untuk mengetahui apakah permainan yang mereka inginkan kerana perlu mencipta permainan dalam lingkungan umur tersebut.

“Kebanyakannya mahu permainan baru dan penuh aksi jadi kami mencipta robot yang diberi nama FIFI. Robot ini hanya prototaip untuk dipamerkan   dalam Markerfest yang akan diadakan di Axiata Tower dan juri memberi pendapat tentang produk yang dicipta.

“Pengalaman paling bermakna apabila saya belajar ilmu baru iaitu coding dan 3D arts dengan mendapat personal coaching dari pihak industri dan kawan-kawan yang telah bekerja di sektor swasta.

“Saya pelajar Agribusiness Management tidak pernah diajar tentang coding dan aplikasi 3D tetapi di sini saya diajar menggunakan software arduino (coding) dan Sketch Up 3aplikasi.

“Jadi, saya kena mahirkan diri dalam coding dan 3D kerana untuk simulasi bisnes yang kedua kami harus menggunakan kombinasi dua ilmu ini untuk menghasilkan produk baru,” ujar anak kelahiran Melaka.

Jelasnya, program ini sangat bermanfaat kerana mengasah bakat kepimpinan, kemahiran insaniah yang perlu ada dalam diri pelajar sesuai dengan kehendak pasaran selain mendapat gambaran tentang dunia pekerjaan. 

“Saya bersyukur berpeluang menyertainya sekali gus menambah soft skill dan critical thinking dalam menyelesaikan masalah dan untuk latihan ini Axiata membiayai RM50,000 bagi setiap peserta jadi saya berharap lebih ramai pelajar mengambil bahagian,” tambahnya.

Program itu turut menyediakan platform untuk berinteraksi dengan syarikat multinasional, membina rangkaian serta bergaul dengan pelajar yang menuntut di luar negara.

Print Email

Gallery