UUM BACHELOR OF SCIENCE IN ECONOMICS (HONS) PROGRAMME RECEIVES AUN-QA CERTIFICATION
Welcome to the School of Economics, Finance and Banking
International Conference on Banking and Finance
SEFB TOP MANAGEMENT 2017

Current Active Students

statistic

Upcoming Events

2nd IRC | JULY 11-12, 2017 | PARK ROYAL HOTEL PENANG MALAYSIA
ICORE2017 | 30 NOVEMBER - 2 DISEMBER | TH Hotel & Convention Centre Alor Setar, Kedah, Malaysia

Cabaran Utama Bajet 2017

Alor Setar - Cabaran utama dalam Bajet 2017 menjadi isu perbincangan Diskusi Post Bajet 2017 anjuran Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECoFI), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) yang berlangsung di TH Hotel pada 23 Oktober 2016 (Ahad).

Diskusi itu mengetengahkan empat panel dari pelbagai latar belakang iaitu Prof Dato' Dr Noor Azlan Ghazali, Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Majlis Profesor Negara yang juga Naib Canselor UKM; Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM); Dr Muhammed Abdul Khalid, Pengarah Institut Penyelidikan Khazanah dan Prof Dr Jamal Ali, Pengarah ECoFI serta moderator, Prof Dr Roslan Abdul Hakim dari OYAGSB.

Diskusi Post Bajet yang merupakan acara tahunan ECoFI, SEFB menyediakan ruang perbincangan kepada orang ramai berkaitan Bajet 2017 yang telah dibentangkan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu yang turut merangkumi cabaran dalam isu perumahan, kos sara hidup, kejatuhan nilai ringgit, harga bahan api dan GST.

Dalam diskusi itu, antara isu dibincangkan adalah tentang peruntukan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Panel, Prof Dato' Dr Noor Azlan berkata, IPT seharusnya memainkan peranan dengan menjana pendapatan sendiri khususnya melalui program penyelidikan susulan pengurangan Bajet 2017 kepada sektor pendidikan tinggi.

Katanya, keputusan kerajaan dalam pengurangan peruntukan itu disifatkan tepat pada masanya dalam merangsang IPT lebih cekap, berinovasi dan berkeupayaan dalam berdikari.

"IPT boleh menjana pendapatan melalui program penyelidikan berimpak tinggi, sekali gus mampu menarik pihak luar untuk menyalurkan dana bagi menjalankan kajian.

"Pengurangan ini tak perlu dilihat secara negatif kerana dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) pihak universiti harus menjana pendapatan mereka sendiri," katanya yang juga Naib Canselor UKM.

Lebih 80 peserta telah menyertai diskusi tersebut yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Noor Azizi Ismail yang mewakili Naib Canselor.

Hadir sama Dekan SEFB, Prof Dr Yusnidah Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan UUM.

Print Email

Gallery