SEFB TOP MANAGEMENT 2018
The 6th International Conference on Banking and Finance (ICBF) 2019 and Doctoral Colloquium
UUM BACHELOR OF SCIENCE IN ECONOMICS (HONS) PROGRAMME RECEIVES AUN-QA CERTIFICATION
Welcome to the School of Economics, Finance and Banking

Current Active Students

statstud

SEFB Video

SEFB JELAJAH MERDEKA DAN MENANAM POKOK GAHARU

Pelajar UUM Menimba Ilmu Bersama Pemimpin Negara

Izrin Shah Arif Shah, pelajar UUM College of Business diberi peluang menimba ilmu bersama-sama barisan kepimpinan Kerajaan menerusi program Fellow Perdana 2016.

Majlis penyerahan Fellow Perdana kepada beliau telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri pada 30 Jun 2016.

Pelajar daripada Pusat Pengajian Ekonomi Kewangan dan Perbankan ini berkata, “menerusi program itu beliau terpilih untuk menjadi mentee kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri”.

Beliau turut memberi pandangan bahawa program ini merupakan satu platform yang baik dan bukan sahaja dapat memberi pengalaman baru, malah dapat memberi pendedahan kepada beliau mengenai gerak kerja polisi-polisi kerajaan.

Bagi beliau, penyertaannya dalam program ini disebabkan oleh hasrat untuk bertemu dan memahami isi hati rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Difahamkan juga, program ini terbuka kepada semua pelajar yang mendaftar di Institusi Pengajian Tinggi yang mempunyai rekod akademik yang kukuh dan hanya pelajar yang berani menyahut cabaran sahaja dipilih untuk turut serta.

-Tamat-

Print Email

Gallery