UUM BACHELOR OF SCIENCE IN ECONOMICS (HONS) PROGRAMME RECEIVES AUN-QA CERTIFICATION
International Conference on Banking and Finance
SEFB TOP MANAGEMENT 2017
Welcome to the School of Economics, Finance and Banking

Current Active Students

statistic

Upcoming Events

2nd IRC | JULY 11-12, 2017 | PARK ROYAL HOTEL PENANG MALAYSIA
ICORE2017 | 30 NOVEMBER - 2 DISEMBER | TH Hotel & Convention Centre Alor Setar, Kedah, Malaysia

 

EKONOMETRIK ASAS: PANDUAN PENGGUNAAN SAS

Buku ini secara keseluruhan memperincikan sejarah awal kewujudan ekonometrik sebagai satu ilmu yang menggabungkan teori ekonomi, teknik matematik dan ujian statistik untuk menganalisis fenomena ekonomi secara kuantitatif dengan menggunakan model ekonometrik. Model ekonometrik yang dibentuk berdasarkan kaedah yang boleh diukur, diuji dan disahkan secara kuantitatif untuk dianalisis bagi merancang sesuatu dasar ekonomi dan membuat peramalan (pengunjuran) seterusnya diaplikasi ke dunia sebenar.

Semua teknik penganggaran diperjelas satu persatu daripada permulaan pembentukan model ekonometrik, diikuti kaedah-kaedah penganggaran, seterusnya pengujian sama ada sesuatu model itu boleh diterima atau ditolak. Sekiranya sesuatu model gagal melepasi ujian, kaedah mengatasi masalah juga ditunjukkan dengan langkah-langkah terperinci yang mudah diikuti. Akhir sekali setelah semua model diuji dan dibaiki daripada masalah dan kelemahan yang mungkin ada, hasil analisis akan digunakan untuk membantu pembuat dasar membuat keputusan dalam pembangunan dan perancangan ekonomi.

 

Print Email

Gallery