UUM BACHELOR OF SCIENCE IN ECONOMICS (HONS) PROGRAMME RECEIVES AUN-QA CERTIFICATION
Welcome to the School of Economics, Finance and Banking
SEFB TOP MANAGEMENT 2017
International Conference on Banking and Finance

Current Active Students

statistic

Upcoming Events

2nd IRC | JULY 11-12, 2017 | PARK ROYAL HOTEL PENANG MALAYSIA
ICORE2017 | 30 NOVEMBER - 2 DISEMBER | TH Hotel & Convention Centre Alor Setar, Kedah, Malaysia

PLATFORM KUKUHKAN KERJASAMA DAN PERBINCANGAN ISU SEMASA EKONOMI ASEAN 

UUM ONLINE: 4 November - Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi tuan rumah bagi The 4th Asean Consortium on Department of Economics Conference 2015 (ACDEC 2015) yang berlangsung selama dua hari mulai hari ini dan esok.

Bertemakan "Capacity Building: Strengthening ASEAN Integration in Facing Global Challenges" persidangan ini dianjurkan oleh Jabatan Ekonomi dan Perniagaan Tani, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan Dan Perbankan (SEFB), College of Business (UUMCOB) dengan kerjasama ahli-ahli konsortiumnya.

Ia diadakan sempena mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Ekonomi ahli-ahli konsortium bagi membincangkan pelbagai isu mengenai perkembangan semasa ekonomi ASEAN serta meneroka peluang kerjasama sesama ahli konsortium.

Objektif persidangan ACDEC adalah untuk menyumbang kepada prestasi Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), menangani aspek-aspek kritikal dalam pencapaian AEC, mengukuhkan hubungan antara universiti yang mengambil bahagian, mempercepatkan perkembangan AEC dan menyediakan peluang untuk cendekiawan berkongsi penemuan kajian mereka.

Perasmian persidangan itu telah disempurnakan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato' Azmi Che Husain yang mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah bertempat di Dewan Pusat Penginapan Pelajar (SAC) pagi ini.

Beliau yang membaca teks ucapan YAB Menteri Besar berkata tema persidangan ACDEC 2015 amat tepat pada masanya bagi negara-negara ASEAN dalam usaha negara-negara anggotanya meningkatkan kapasiti pengeluaran.

"Saya berharap persidangan ini akan menjadi platform untuk anda semua bertukar idea dan berkongsi pengalaman sekali gus menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan AEC akhir tahun ini," ucapnya.

Sementara itu Penolong Naib Canselor COB, Prof Dr Rushami Zien Yusoff pula berkata walaupun ACDEC adalah satu acara yang kecil, namun ia berpotensi untuk menyumbang ke arah mencapai objektif ASEAN.

"Persidangan ini menyediakan platform kepada semua ahli ACDEC, khususnya fakulti dari Jabatan Ekonomi di beberapa buah universiti di Malaysia dan Indonesia untuk mengukuhkan hubungan multilateral, berkongsi idea, bertukar maklumat, dan memperluaskan jaringan selaras dengan wawasan ASEAN," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis perasmian ACDEC 2015.

Sebanyak 12 topik dipilih sebagai fokus utama persidangan iaitu daya saing ekonomi; pertumbuhan dan perkembangan yang mampan; peranan perniagaan kecil dan sederhana dalam globalisasi; isu-isu dalam kedinamikan pasaran buruh serantau; pembaharuan tadbiur urus, sektor awam dan birokratik; integrasi ekonomi, semangat kedaerahan ASEAN; kewangan, struktur perbankan dan pembangunan pasaran modal; liberalisasi perdagangan serantau dan globalisasi; Ekonomi, perbankan dan kewangan Islam; isu alam sekitar dan sumber asli; keselamatan makanan; ekonomi awam; dan isu-isu sempadan ekonomi.

Peserta persidangan terdiri daripada ahli akademik, penyelidik dan profesional dari Malaysia dan Indonesia, khususnya ahli-ahli konsortium.

Peserta Malaysia adalah dari UUM, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu. Sementara Indonesia diwakili oleh Universitas Trisakti, Universitas Brawijaya, Universitas Negeri Jakarta, Prasetiya Mulya School of Business and Economics, dan Millenium Challenge Account.

Selain itu pelajar pasca siswazah dari pelbagai universiti tempatan dan antarabangsa turut akan mengambil bahagian dalam persidangan berkenaan.

Meskipun persidangan ini memberi tumpuan kepada isu-isu ekonomi, kewangan dan perbankan yang berkaitan dengan ASEAN, beberapa kertas kerja dari bidang-bidang lain menjadi antara 35 kertas kerja yang dibentangkan dalam ACDEC 2015.

Mesyuarat dan persidangan ini juga menjadi saluran untuk menjana potensi untuk merangsang dan menggalakkan wacana akademik dan penyelidikan dalam kalangan ahli-ahli akademik dan profesional dalam dan luar negara.

Hadir sama, ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) dan pegawai-pegawai kanan universiti.

Print Email

Gallery