Sunday - Wednesday - 8:00 - 17:00, Thursday - 8:00 - 15:30

social fb social twitter social youtube

SYARAHAN PROFESOR KURSI CIMB-UUM KUPAS SEJARAH KEWANGAN DI MALAYSIA

Kuala Lumpur - Profesor Kursi CIMB-UUM, Prof Emeritus Dr Salim Rashid telah menyampaikan syarahan umum bertajuk Financial History of Malaysia: New Direction? di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, semalam.

Syarahan itu mengupas mengenai sejarah kewangan di Malaysia secara lebih terperinci yang tidak diketahui umum terutama berkaitan unit-unit lebih kecil dan spesifik seperti dokumen undang-undang yang digunakan pada masa itu menerusi hasil kajian yang telah dilakukan oleh Prof Dr Salim dan pasukannya.

Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berharap syarahan umum itu memberi jawapan kepada persoalan kewangan dan ekonomi Malaya yang tidak terjawab sehingga hari ini.

"Sebagai contoh, Malaya merupakan antara negara paling kaya di dunia sekitar tahun 1900, membekalkan separuh daripada pengeluaran timah dunia pada suatu masa namun Malaya gagal berkembang mengikut potensinya dan kekayaan hasil buminya juga berpindah ke tangan British.

"Melihat kembali sejarah kewangan adalah salah satu usaha untuk menangani ketidaktentuan ekonomi global pada hari ini terutama untuk menghadapi isu-isu yang praktikal," ujarnya.

Syarahan itu antara lain menyentuh mengenai sejarah awal kewangan dan sistem perbankan di Malaya yang dimulakan oleh masyarakat Cina yang mendominasi bidang perlombongan bijih timah sehingga tahun 1900-10, sebelum ia diambil alih oleh pihak Inggeris kerana mereka tidak mampu membiayai kapal pengorek untuk menjalankan aktiviti perlombongan.

Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengaliran keluar hasil bumi dari Malaya ke luar kerana sumber utama kekayaan iaitu bijih timah tidak diselamatkan.

Where to find us?

Address
Economics Building, Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok, Kedah, MALAYSIA
Phone Number
+604 928 6942/6945
Fax
+604 928 6752

Disclaimer

All data and information provided on this site is for informational purposes only. ARIBF makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this site and will not be liable for any errors, omissions, or delays in this information or any losses, injuries, or damages arising from its display or use. All information is provided on an as-is basis.