All News

KERJASAMA STRATEGIK ANTARA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) DENGAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH (PKNK)

123659236 3448328228622120 1039478698089228898 o
KERJASAMA STRATEGIK ANTARA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) DENGAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH (PKNK)
SEFB ONLINE: Yan - Kursus Company’s Performance and Investment Analysis diharapkan akan memantapkan kemahiran pengurusan kewangan agensi kerajaan dalam Negeri Kedah.
Kursus selama dua hari anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bersama Kerajaan Negeri Kedah dan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) telah dirasmikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan), Dato’ Syed Shaharuddin Abdullah yang mewakili Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Persidangan dimulakan dengan ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif, PKNK, Dato' Abdul Rahman Abdullah, dikuti Dekan SEFB, Prof. Dr. Russayani Ismail.
Prof. Dr. Russayani berkata, kursus Company’s Performance and Investment Analysis itu mendedahkan peserta kepada kaedah-kaedah untuk menilai kedudukan kewangan syarikat bagi mengelak daripada tekanan kewangan dan situasi kebankrapan.
Selain itu, menurutnya, pendedahan juga diberikan tentang kaedah dalam memilih pelaburan belanjawan modal bagi memaksimumkan nilai syarikat.
Katanya, kursus yang julung kali diadakan oleh Bahagian Pelaburan PKNK itu menunjukkan kerjasama strategik yang memberi satu impak besar dan perlu diteruskan pada masa akan datang bagi memantapkan kemahiran pengurusan kewangan oleh agensi-agensi kerajaan dalam Negeri Kedah.
“Ini selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk meningkatkan perkhidmatan awam di samping untuk merealisasikan pembangunan Negeri Kedah demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
Kursus berakhir dengan majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaaan oleh Ketua Pegawai Operasi PKNK, Syed Yussof Syed Othman.
Syed Yusoff berkata, beliau berharap semua peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diterima bagi meningkatkan nilai syarikat dan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat masing-masing.
Selain itu, beliau juga berharap agar jaringan kerjasama di antara PKNK, Kerajaan Negeri Kedah dan UUM akan diteruskan.
Seramai 54 peserta terdiri dalam kalangan pengurusan tertinggi dan pengurusan kanan syarikat berkaitan kerajaan Negeri (GLC) serta Kumpulan PKNK dan anak syarikat kerajaan Negeri Kedah telah menghadiri kursus tersebut.
Oleh: Prof. Dr. Adiana Hiau Abdullah
Gambar oleh: Ahmad Shukri Harun