All News

ECoFI TERIMA PERUNTUKAN NCIA BERNILAI SETENGAH JUTA UNTUK KAJIAN IMPAK COVID-19

125261557 3480968548691421 3081714441730648968 o

ECoFI TERIMA PERUNTUKAN NCIA BERNILAI SETENGAH JUTA UNTUK KAJIAN IMPAK COVID-19
UUM ONLINE: Bagi mengenal pasti impak pandemik Covid-19 ke atas isi rumah dan perniagaan di Kedah dan Perlis, Economic and Financial Policy Institute (ECoFI) di bawah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) telah menerima peruntukan bernilai RM500,000 oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).
Ketua penyelidik, Prof. Madya Dr. Shamzaeffa Samsudin berkata, UUM telah dilantik oleh NCIA untuk menjalankan penyelidikan bertajuk ‘The Impact of COVID-19 Towards Households And Business In NCER (Kedah and Perlis)’.
Menurutnya, kajian tersebut akan dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Kesan Kepada Isi Rumah yang diketuai Prof. Madya Dr. Siti Nurazira Mohd Daud, manakala Kesan Kepada Perniagaan diketuai Prof. Madya Dr. Mukaramah Harun.
Katanya, penyelidikan tersebut mendapat kerjasama Uniutama Education and Consultancy Sdn. Bhd. (UECSB) dan turut melibatkan Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjalankan kajian di Pulau Pinang dan Perak.
"Saya berharap dapatan daripada penyelidikan ini dapat membantu pihak berwajib untuk membangunkan program-program yang sesuai untuk komuniti dan perniagaan.
"Semoga peluang yang diberikan ini akan dapat membina hubungan yang berterusan antara UUM dengan NCIA pada masa hadapan demi kesejahteraan penduduk di zon utara ini," katanya.
Penyelidikan yang dilaksanakan selama tiga bulan bermula Oktober lalu sehingga Januari 2021 itu turut disertai 21 ahli penyelidik lain.